amensan+paugumgum

Monday, December 28, 2009

Malam Berinai Yati & Rizal's Wedds


special credit to : RazmieyMusa/Imzar

First time Aku shoot Wedding.. perkara yang sangat mencabar.. sebelum ni ingat senang je tgk photographer lain shoot pengantin.. rupanya tak semua kita tgk senang.. Macam2 cara nak dapatkan ni.. berpeluh peluh badan kami.. yang shoot, My Big bro IrwanizamMusa & Master RazmieyMusa. Thanks sebab bagi aku ikut sebagai titik permulaan aku untuk belajar semua ni..

Gears : Sony A100
FL : 50.0mm | F 2 | ISO -200
Exposure Time : 1/20sec + Flash

ni je gears yang aku pakai utk shoot.. dah la malam.. faham2 je la A100 macam mana... thanks for viewing this..

Friday, December 25, 2009

Keyboard kat rumah aku..


My Keyboard.. Testing For Macro Shoot.. kat rumah pun jadi la..
hahahaha.. tapi best.. dapat la korang tau yang aku ni seorang yang malas nak vacum aku punye keyboard.. nampak segala kuman jenis gajah, unta n ikan paus n kuda2 yang ada sekeliling.. tapi best la.. for latest photos yang aku slalu gak updated, korang g la website flickr aku..
thanks kpd sesiapa yang jadi follower blog aku ni..

baru2 ni, mak cik aku(mak andak) aku, baru je meninggal dunia
tiada penawar.. baru je malam aku g tgk la dia nazak.. tau dapat call dari pak cik aku,
dia kata mak cik aku dah selamat kembali ke rahmatullah..
Pengalaman dia ketika menemani isteri tercinta(pak cik aku da...)
dia ketika tu menemani mak cik aku menghadapi sakaratulmaut.. perkara yang paling manusia takut, dia kata waktu menghembuskan nafas terakhir, air mata mak cik aku meleleh.. alhamdulillah la sebab dia x mengalami susah ketika nyawa dicabut malaikat.. pergi ngan tenang..
semoga Allah mencucuri rahmat ke Atas nya. sedekah Al-fatihah & Innalillahi wainnalillahirojiun..

Monday, December 21, 2009

tentang kerja ♥

Aku suka kerja aku sekarang..
tapi sebenarnya tak. sebab aku skrg ni dah kena handle datacentre sorang diri..
dah xde kawan. Maklum la.. kena la berdikari
selama aku kerja sorang ni, aku rasa sgt bosan sebab xde kawan utk aku sembang..
tapi nasib la company aku ni berbesar hati x blocking YM & FB.
So, inilah teman aku..
terasa kekosongan kat sini..
HAri ni lak macam xde orang kat sini..
agaknya orang sambung cuti kot..
kereta x banyak..
kalau x, dah penuh dah kedai makan kat bawah ngan orang2 bekerja..

Thursday, December 17, 2009

First Hand shoot for street shot




I ♥ twins..
this is My first time Shoot for Street-Shoot. Outing With My big Bro Irwanizam


Taken from KLCC baypark.
DSLR Sony Alpha A100 with ISO 200 and F5.6

for More pictures and wanna left some comments for my First try, go to www.flickr.com/amensan

Monday, December 7, 2009

Zaman skola n zaman aku...

Budak-budak yg lahir pd thn 80/90an mesti ingat masa sekolah rendah dulu :
- kat sekolah ada salesman jual buku cerita. hari ni bg list , esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak.
- kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. Bila ada program Nilam, sebok semua nak pinjam buku. - RMT kat skola mkn tak best, tp yg berduit pun join RMT, tak phm....
- pakai pensel box yg boleh bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 dia.
- main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ada air pastu ada benda berkilat dlm air tu.
- cikgu pakai pembaris kuning pnjg. Ada pemegang kat tgh2 tp tak penah nmpk cikgu pgg pun kat situ.
- bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.
- time pendidikan seni, lukis semua boleh tp bila time kaler semua hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
- main game 2D. super contra, super mario, street fighter, semua pakai tape.
- jam tgn Boy London jd idaman, sbb boleh tukar-tukar kaler ikut suhu n cuaca.
- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
- balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli semata-mata nak mainan, coklat dia tak mkn pon.
- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan dia kat TV bole tembak alien tu...
- Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.

Jangan lupa semua ni sbb zaman skrg budak-budak tak smpt lyn benda-benda ni. Kita akan sentiasa berubah , cuma asal-usul kita yg permanent. :) ni la baru zaman kita kawan-kawan pas laa kt member-member korang. mesti diorg tersengeh-sengeh baca benda ni :D

Sunday, December 6, 2009

skola!!!!!!




hahaha.. musim nak skola balik..
beli la ape yang patut.
macam kat belakang aku ni..
beg skola pilihan kanak2 zaman skrg...
kalau boleh nak yang ade roda..
yang boleh tarik... hahahaha....

Wednesday, October 14, 2009

my happy family


This is my family - time raya kat Kg Bukit Bangkong,Sepang, Selangor DE.
ni lah pict my whole family. shoot automatically setup by IrwanMusa™® with 10 second timer,
Sony Alpha900. WOW!

Sunday, September 6, 2009

new!

taken from Irwanizam studios

Tuesday, August 25, 2009

JANGAN PISAHKAN IMAN


“Memang, mana-mana orang islam yang asingkan antara iman daripada islam, tidak akan masuk dalam syurga”
“mana-mana gerakan pun, yang mementingkan Islam sahaja, tanpa Iman, mustahil masuk Syurga”
“pada zaman Nabi Muhammad SAW, sudah ada orang yang nak asingkan antara Islam daripada Iman, iaitu Abdullah bin Ubai”.
“islam ajar, perlu disebatikan antara Islam dengan Iman, sepertimana sebatinya antara ruh dengan tubuh”
“UMNO kalau nak bersatu dengan PAS, tidak ada cara lain, UMNO kena tukar dasar. Daripada dasar kebangsaan kepada Islam. masa itu, baru boleh bersatu. Ketika itu, tidak tahu lagi di mana PAS, dan di mana UMNO. Semuanya muslim dan mukmin”
“tolong merdekakan pemikiran kita, daripada pak turut sesama manusia, kepada pak turut Nabi Muhammad SAW”
“Nabi Muhammad ini adalah Engineer bertauliah dari Allah. Bukan untuk baiki kereta, tapi untuk baiki manusia. Tidak ada orang yang boleh baiki manusia, melainkan orang dari golongan Nabi”

Saturday, August 22, 2009

Ramadhaaann

Assalamualaikum.. Ramadhan Al-mubarak . Selamat Berpuasa dan Selamat mengejar Malam Al-Qadar. Setahun sekali.. cari la.. tak rugi.. Semoga Bulan ni memberi barakah yang kita kejarkan selama ni..
jangan la pule lupa pada zakat.. setahun sekali tu
murah je..
tak kan x mampu?

Friday, August 21, 2009

H1N1

Kelahiran menyaksikan keghairan manusia menunggu cahaya mata yang Allah kurnia
Manusia yang tak reti bersyukur
Wujudnya H1N1 disebabkan kemurkaan Allah S.W.T kepada manusia
yang ingkar akan segala perintahnya
perintah Allah kita mainkan, perintah manusia yang hanya berkuasa menggubal segala undang2 negara yang kita takutkan. Mana kita sebagai manusia?
mana?
dimana? kemana harus kita pergi lagi?
dimana & dengan siapa harus kita wajib kita ikuti?
apa gunanya Rasul seperti Nabi Muhammad di cipta dan diutus kepada kita?
pegangan dia yang harus kita ikuti, sesat kamu akan dunia ini, Al-Quran lah petunjuk kepada kita
melengkapi segalanya.
jangan gentar berdepan pada manusia
jangan gentar kepada semua halangan..
Manusia, untuk kita hormati
bukan patuhi untuk perkara yang dilaknat
jangan lah lupa H1N1 ni lah 1 satunya bala' bencana dari Allah
tidak kah kita sedar?
Bala xkenal orang yang baik atau jahat
segalanya dan semua akan ditimpa
Ujian Allah..
Allahuakbar

Wednesday, August 19, 2009

kebosanan

huh... gile la.. malas gile la.. ada card activation.. nak kena activate

ni yang macam nak balik ni...

kera kena blachano...

keghairahan memetik butang camera DSLR Sony Alpha 300 sambil meneliti setiap sudut permukaan objek untuk mendapatkan hasil yang begitu memuaskan hati.. ni la anak En Musa
abg AKU ... HAHA.. irwanizam musa.. gile la.. sejak ada camera ni, xreti duduk rumah la..
g studio la, bukit la, kemana la.. Freelense photograhper... bole tompang senang

Saturday, July 25, 2009



ahaha.. ni lah.. autobot aku.. ahaha.. aku gelar dia evowara.nombor plat pun baik..
ahaha.. chinesean cakap ada ong punya... best2.. transformation. aku ngan abg aku tukar spoliler, spray sportrim, tukar steering and spray skirting belakang.. ahaha..

Friday, July 24, 2009

kejadian

fenomena silent killer..

sapa tau? apakah penyakit tu?
haha.. itulah sakit jantung.. aku baru je balik dari IJN (institut jantung negara).
kesian dan syukur Alhamdulillah pun ada. Sebab nya

1 . aku xda sakit jantung.. Alhamdulillah
2. pakcik aku masuk wad sebab sakit jantung..kesian
3. nasib baik dia sedar dari awal.

haha.. now aku lega sgt and Syukur pada Allah S.W.T kerana masih hidup dgn sihat sampai sekarang.

wow.. jodoh baru..

Petang

benda yang membosankan.. kena balik waktu petang yang panas terik
aduh.. letih gila.. ni yang malas gila..
apa lagi
stay office la.. Astro pun ada.. kasi layan la..

kerja

hari2 mau kerja..
mata ngantuk x ingat...
g kerja pun bole tido tgh jalan
ngantuk sgt2..

ada ke traffic light merah tadi , memang kena berhenti, tapi aku terus berhenti, tido pulak
haha.. dekat 3 kali hon lori aku baru bangon.. sedar2 aku kat tepi jalan..
aduh.. malu gila.. nasib baik waktu gelap lagi..
tapi tak pa la..
pengajaran untuk aku.. jangan la tido lewat kalau kerja pagi kena bangun awal.. kalau tak.. macam ni la jadi nya.. miahahahaha..

aku nak g breakfast dgn ajib (razif) .. sambil tunggu epul(syaiful).. dorang ni kawan2 kerja aku

so?


bye2!

Thursday, July 23, 2009

this is my part time job.. now.. till 3 pm. haha.. morning shift.
Astro di tangan anda.. haha..best2.. xde kerja sehebat ni.. bosan gila nih. Apul (syaiful ) pulak layan Cromok kat Youtube.com. I Dont belong here. haha.. rockers kepala botak tengah.. haha..
adoiyai.. bosan gila.. terpikir nak cari duit lebih ni.. bagi la Idea.

huh! memenatkan

baru saja aku balik dari KLCC sebab aku ada kerja kat sana.. Server.. OMG..

work2.. kerja2.. pening woo..
janji masyuk bila claim.. penat juga..

aku terus ke pJ tmpat aku bekerja..
bole la.. jauh gak..
15 minit gak ke sana dari KLCC..

so, my point is.. kerja, memang memenatkan..
and 2nd point is, masyuk $$

anyway, awek baru tetap ada..

Monday, July 20, 2009

tragedy

pergh.. mata daus.. stim je.. melayan sms awek dia..
haha.. inilah realiti kehidupan kami sebagai operator kat syarikat +_+

a new one.. no wonder ~

sometimes we need and sometimes we have and must have them.

who>?

Parents.